Saya Shuhada, Pakar Perunding Hartanah. Ingin Jual atau Beli Hartanah?
Izinkan saya jual atau hartanah anda dengan mudah, cepat dan selamat.
Saya akan bantu dan bimbing anda dari awal proses hingga ke akhir.
Kenali REN Anda
Nurul Shuhada binti Pauzai
Real Estate Negotiator (REN), Property Excel Realty (PropER)
Nurul Shuhada binti Pauzai, atau lebih mesra dikenali sebagai Shuhada, merupakan seorang pakar perunding hartanah berpengalaman yang telah lama berkecimpung dalam industri hartanah di Malaysia. Dengan rekod penjualan yang memberangsangkan dan komitmen yang tinggi terhadap setiap pelanggan, beliau telah membantu ramai pemilik rumah dan pelabur mencapai impian hartanah mereka.
Sebagai salah seorang ahli pasukan terawal di Property Excel Realty, Shuhada memainkan peranan penting dalam membina asas agensi ini sejak awal penubuhannya.
Shuhada aktif menjalankan urusan jual beli dan sewaan hartanah di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk hartanah kediaman, komersial, dan pelaburan.
Apa yang membezakan Shuhada ialah keprihatinan dan ketekunan beliau dalam memastikan setiap transaksi berjalan dengan lancar – dari mula hingga selesai. Bagi beliau, kepuasan pelanggan adalah keutamaan.
Jika anda sedang mencari seorang perunding hartanah yang berpengalaman, mesra, dan boleh dipercayai, Shuhada adalah individu yang tepat untuk membantu anda.
Nak Jual Beli Hartanah Tapi Anda Hadapi Masalah Ini?
Kurang Arif Dengan Proses Jual Beli Hartanah
Anda tak tahu dan kurang pasti dengan proses jual beli hartanah yang rumit. Proses yang melibatkan banyak pihak seperti bank, peguam, penilai dan pihak pihak lain.
Anda Terlalu Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Uruskan
Tak ada masa nak ambil gambar, video dan siapkan dokumen hartanah. Sibuk dengan urusan kerja. Tak tahu di mana nak pasarkan hartanah anda. Online atau Offline?
Anda Takut Sekiranya Anda Ditipu
Ramai orang yang menyamar kononnya mereka adalah Ejen Hartanah Berdaftar sedangkan mereka hanya sebagai broker. Ada kes, dah berurusan, tapi hilang di separuh jalan
Malas Dan Tak Larat Nak Layan Ragam Prospek / Pembeli
Kena layan macam macam ragam prospek atau pembeli. Minta macam macam tapi tak tahu samada mereka serius ataupun sekadar bertanya. Banyak lagi urusan yang kena selesaikan
Perkhidmatan
Apa yang saya boleh bantu anda?
Khidmat Jual Hartanah
Saya membantu anda menjual hartanah seperti rumah, apartmen, tanah lot dan unit komersial dengan lebih cepat, selamat, dan pada harga pasaran semasa. Saya komited untuk menguruskan setiap transaksi secara profesional dan beretika.
Penilaian Harga Pasaran
Saya akan menyemak dan mencadangkan harga jualan berdasarkan kawasan, jenis hartanah dan trend pasaran semasa — supaya anda tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Gambar & Video Profesional
Untuk memastikan hartanah anda menonjol, saya menyediakan perkhidmatan penggambaran profesional termasuk gambar beresolusi tinggi, video walkthrough, dan juga rakaman drone (jika sesuai), agar lebih menarik minat pembeli yang berkualiti.
Pemasaran Hartanah
Saya akan memasarkan hartanah anda di pelbagai saluran yang berkesan seperti Mudah.my, iProperty, Facebook Ads, serta melalui rangkaian ejen dan pembeli yang luas yang saya kenali secara langsung.
Saringan Pembeli
Saya juga akan menyaring bakal pembeli terlebih dahulu bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan serius sahaja yang dijemput untuk viewing — menjimatkan masa dan mengelakkan gangguan yang tidak perlu.
Pengurusan Dokumen & Urusan Guaman
Saya bekerjasama dengan panel peguam yang berpengalaman untuk memastikan segala dokumen dan proses perundangan berjalan dengan lancar, sah dan mematuhi undang-undang.
Soalan Lazim
Adakan Shuhada PropER seorang perunding hartanah yang berdaftar?
Saya merupakan perunding hartanah yang berdaftar di bawah syarikat Property Excel Realty.
Di manakah kawasan operasi Shuhada PropER?
Saya beroperasi di seluruh Malaysia.
Adakah caj dikenakan untuk semakan harga pasaran dan inspection hartanah?
Tiada caj dikenakan.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses jual beli hartanah?
Ia bergantung kepada jenis hartanah, status dan proses rundingan.
Adakah khidmat penilai, peminjam dan peguam diuruskan?
Ya. Khidmat penilai, peminjam dan peguam adalah melalui panel rasmi yang dilantik.
Hubungi Saya
Sila isi borang yang disediakan di bawah ini untuk saya berhubung dengan anda dan membantu anda dalam urusan jual beli hartanah.