
Tips hari ini :
Bagusnya hartanah : Hari ini ramai orang bercita – cita nak jadi usahawan. Bila berjaya nanti, nak buat itu nak buat ini. Bila kaya boleh buat itu dan boleh buat ini. Kertas kerja semua A sekiranya berjaya, jika nak tahu asam garam niaga turunlah ke gelanggang niaga.
Tak salah berangan kerana ia percuma.
Hari ini ramai bercakap alangkah bagusnya memiliki kebun durian. 4 ekar durian boleh beri pulangan RM 180K setahun dan kos manjakan pokok ialah RM600 setahun setiap batang pokok. Seekar boleh tanam 30 pokok. Mk gred A boleh capai RM60 sekilo. Gred B separuh harga. Cadangan buatlah hartanah, kerana komisen itu adalah modal untuk memiliki kebun durian seumpama itu. Boleh beli cash kerana komisen kita cash.
Hari ini ramai bercakap alangkah bagusnya memiliki kebun sawit. Pulangan RM 700 setiap tan. 5 tahun sudah matang ataupun belilah kebun pokoknya sudah berusia 5 tahun ke atas.. Cadangan buatlah hartanah, kerana komisen itu adalah modal untuk memiliki kebun sawit seumpama itu.
Hari ini ramai orang bercakap mengenai pasif income. Ia umpama 4D (duduk diam dapat duit). Semua orang kena fikir sendiri apakah jenis mesin duit itu. Dalam hartanah kita banyak jumpa perniagaan untuk dijual, itulah pasif income. Sudah ada premis, produk dan pekerja. Jadi buatlah hartanah dari sekarang, kerana komisen itu adalah modal untuk adakan mesin pasif income kita. Pasif income adalah sangat subjectif untuk dibicarakan. Ia mungkin ambil alih perniagaan orang lain (kita hanya jadi boss), ia mungkin beli saham seperti saham bank rakyat dengan modal RM 100K dapat pulangan RM16K setahun/ RM 1333.33 sebulan, ia mungkin sandaran saham komuditi seperti emas dan banyak lagi. Pemilik mesin air minuman juga pasif income. Jadi buaatlah hartanah untuk modal ke arah itu.
Hari ini ramai juga orang bercakap mengenai pemilikan hartanah. Belilah rumah lelong dan masukkan penyewa. Mulakan flat atau apartment kerana ia murah. Masa pencen esok kita sudah ada 10 flat orang sedang menyewa. Itulah gaji di hari tua kita. Begitu juga belajar beli tanah buat rangkaian rumah sewa di kawasan bandar. Hasil sewaan itulah yang membuatkan kita tenang seumur hidup. Jadi, buatlah hartanah kerana komisen itu kita lorongkan kita ke arah cita – cita tadi.
Untuk orang part time mereka kerja hanya 8 jam ada baki 16 jam lagi untuk berniaga. Sekiranya pendapatan belum RM10K tidak perlu beri alasan sibuk kerana kemahiran yang kita ada sebenarnya boleh buat duit.